16/10/2012-Selasa,Satu Latihan Frog VLE untuk murid telah diadakan di Bilik Seminar PKG Ayer Hitam.Seramai 28 murid dan 7 guru pengiring telah hadir bagi mengikuti latihan itu.
16/10/2012-Selasa,Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa GPB ICT telah diadakan di bilik mesyuarat PKG Ayer Hitam pada pukul 2 petang hingga 4 petang.Semua Guru GPB telah hadir untuk membincangkan beberapa perkara yang berkaitan.
15/10/2012-Isnin,Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa GPM PSS telah diadakan di bilik mesyuarat PKG Ayer Hitam pada pukul 2 petang hingga 4 petang.Semua Guru GPM telah hadir untuk membincangkan beberapa perkara yang berkaitan.
Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One
Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia
yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia. Kem Membaca 1Malaysia dan READ 2012
akan diadakan pada 22 hingga 25 Oktober 2012 ini. Buat pada masa ini
sekolah-sekolah sedang giat mendaftar untuk menyertai program ini melalui READ
2012. Bersama ini disertakan promosi yang telah di buat melalui media massa.
Diharapkan BTPN/PTPB/PKG akan membantu sekolah dalam menjayakan program ini.
Untuk menyertai program ini sila layari di URL : http://www.readtogether.com.my
. Tarikh tutup pendaftaran : 30 September 2012