Tuesday 6 March 2012

07 Mac 2012 : TAHAP CAPAIAN KE SESAWANG STS

Sempena cuti sekolah mulai 10-18 Mac 2012 ini, pihak Unit Meja Bantuan Sektor TMKP akan menyenggara data di STS bermula 9.00 pg hingga 12.30 t/hari.  Sebuhungan itu capaian ke STS akan menjadi perlahan atau tiada capaian.

[Sumber: Unit Meja Bantuan Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan]
Elak Penipuan Internet
Sains dan Teknologi


Oleh ABD RAZAK OSMAN

Pelajar sekolah menengah yang menerima netbook disaran supaya mendalami pelbagai ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar tidak menjadi mangsa penipuan melalui Internet.Pengarah Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara, Ismail Othman berkata, akibat kurang berhati-hati ketika menggunakan Internet boleh membawa padah kepada diri sendiri."Jangan terlalu gelojoh apabila ada pihak mengirim e-mel mengatakan anda adalah pemenang pertandingan hingga membolehkan menerima wang sejumlah yang besar," katanya memberi nasihat.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat Seminar Keselamatan Siber yang diadakan sempena Karnival Jalur Lebar Peringkat Wilayah Utara di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok, Kedah, baru-baru ini.Karnival dua hari yang dikunjungi kira-kira 10,000 orang itu dirasmikan oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain.Menurut Ismail, melalui seminar keselamatan siber, pengunjung boleh mendapat penjelasan dan membuat pertanyaan kepada pegawai SKMM mengenai bentuk penipuan di Internet serta cara mengatasinya.




SEBAHAGIAN daripada pelajar yang menerima netbook sempena Karnival Jalur Lebar Peringkat Wilayah Utara di MRSM Merbok, Kedah, baru-baru ini.
Konsep Sekolah Bestari
Sekolah Bestari merupakan salah satu 'flagship' dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan.

Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari,

Pertama, menyediakan infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi komputer dan alatan berkaitan, peralatan sidang video dan audio dan infrastuktur komunikasi. Perisian akan mengandungi pemproses perkataan, spresdsheet, perisian penjaringan, perisian e-mail, browser internet, alat pengarang dan perisian latihan.

Kedua, aspek latihan. Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri dengan sekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak selamat dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam perkaedahan dan peranan guru.

Ketiga, aspek bahan kursus. Bahan kursus yang baru, kemaskini, dan mencukupi perlu disediakan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan pelbagai jenis pelajar. Bahan kursus perlu mempamerkan ciri yang berikut: pukal disket yang lengkap, interaktif, mencabar daya kognitif pelajar, mengandungi penilaian kendiri, penyemakan bina dalam bagi input guru penyediaan bahan untuk pelajar yang lemah.
 
Konsep Sekolah Bestari

Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebaga satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi proses pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaran-pembelajaran, iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran-pembelajaran, akan direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.

Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Selain itu, ibu bapa, komuniti, dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang Iebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak ini akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran, dan sebagainya.

Objektif Sekolah Bestari
                                                                                  
Objektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan terdiri daripada yang berikut:
                     Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
                     Mendemokrasikan pendidikan
                     Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan
                     Memupuk perkembangan menyeluruh individu
                     Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu.

Syarikat Usahasama, Telekom Smart School Sdn. Bhd.

Syarikat usahasama, Telekom Smart School Sdn. Bhd, terdiri daripada tujuh (7) syarikat tempatan.
Selain itu, tiga syarikat antarabangsa juga terlibat dalam Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bersepadu. Ketiga-tiga syarikat antarabangsa mi ialah seperti berikut:
                     BT Multimedia (Malaysia) Sdn. Bhd.
                     Electronic Data Systems IT Services (Malaysia) Sdn. Bhd.
                     NIIT Malaysia Sdn. Bhd.

Penyelesalan Bersepadu Sekolah Bestari

Komponen utama dalam Penyelesaikan Bersepadu Sekolah Bestari yang akan disediakan dan dilaksanakan oleh Telekom Smart School Sdn. Bhd. adalah seperti berikut:
                     Bahan Pengajaran-Pembelajaran dalam bentuk perisian kursus dan bahan bercetak untuk empat mata pelajaran yang berikut:
o        Bahasa Melayu
o        Bahasa lnggeris
o        Sains
o        Matematik
                     Sistem Pengurusan Sekolah Bestari yang terdiri daripada perisian untuk fungsi pengurusan dan pentadbiran yang berikut:
o        Governan Sekolah
o        Pengurusan Hal-Ehwal Murid
o        Pengurusan Sumber Pendidikan
o        Pengurusan Kewangan
o        Pengurusan Sumber Manusia
o        Pengurusan Sumber Luar
o        Pengurusan Kemudahan
o        Pengurusan Teknologi
o        Pengurusan Asrama
                     Infrastruktur Teknologi yang terdiri daripada perkakasan, perisian, perisian sistem, dan peralatan bukan-IT
                     Integrasi Sistem bagi memastikan kesepaduan yang berikut:
o        antara Sistem Pengurusan Sekolah, Bahan Pengajaran dan Pembelajaran, dan lnfrastruktur Teknologi dalam Sekolah Rintis dan Pusat Data,
o        antara proses dalam Sistem Pengurusan Sekolah,
o        antara proses dalam Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
o        antara Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran
o        integriti data dan persekitaran selamat
o        antara Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari dan aplikasi lain dalam Aplikasi Perdana projek Koridor Raya Multimedia
                     Perkhidmatan Sokongan, iaitu perkhidmatan Meja Bantuan dan Penyenggaraan dan Sokongan.

Kos Projek Rintis

Kos keseluruhan Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama ini ialah tiga ratus juta Ringgit Malaysia (RM3OO,000,000.0O), dan terdiri daripada RM183,573,737 untuk Capital Expenditure dan RM1 16,426,263 untuk Operating Expenditure.

Tempoh Projek Rintis

Tempoh Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama mi, ialah tiga (3) tahun mulai dari tarikh tandatangan Perjanjian antara Kerajaan degan Telekom Smart School Sdn. Bhd.

Rancangan Masa Depan

Sungguhpun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)menggalakkan semua sekolah yang lain untuk menjadi sekolah bestari dengan mencari sumber kewangan dan kepakaran sendiri, KPM sedang juga merancang pelan induk bagi memastikan semua sekolah di Malaysia menjadi sekolah bestari secara berperingkat-peringkat.

Monday 5 March 2012

Surat Anugerah Pss Cemerlang 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa, yuran langganan Sistem i-NILAM dan IQPSS tahun 2012 dibiayai sepenuhnya oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tahun 2012. Guru GPM / PSS boleh memulakan proses update Nilam dan IQPSS sekolah masing- masing.