Sunday 14 October 2012

KEMPEN MEMBACA 2012


Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia. Kem Membaca 1Malaysia dan READ 2012 akan diadakan pada 22 hingga 25 Oktober 2012 ini. Buat pada masa ini sekolah-sekolah sedang giat mendaftar untuk menyertai program ini melalui READ 2012. Bersama ini disertakan promosi yang telah di buat melalui media massa. Diharapkan BTPN/PTPB/PKG akan membantu sekolah dalam menjayakan program ini. Untuk menyertai program ini sila layari di URL : http://www.readtogether.com.my . Tarikh tutup pendaftaran : 30 September 2012