Sekolah Bestari merupakan salah
satu 'flagship' dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan
menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk
sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih
untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya
cara untuk maju ke hadapan.
Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari, Pertama, menyediakan infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi komputer dan alatan berkaitan, peralatan sidang video dan audio dan infrastuktur komunikasi. Perisian akan mengandungi pemproses perkataan, spresdsheet, perisian penjaringan, perisian e-mail, browser internet, alat pengarang dan perisian latihan. Kedua, aspek latihan. Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri dengan sekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak selamat dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam perkaedahan dan peranan guru. Ketiga, aspek bahan kursus. Bahan kursus yang baru, kemaskini, dan mencukupi perlu disediakan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan pelbagai jenis pelajar. Bahan kursus perlu mempamerkan ciri yang berikut: pukal disket yang lengkap, interaktif, mencabar daya kognitif pelajar, mengandungi penilaian kendiri, penyemakan bina dalam bagi input guru penyediaan bahan untuk pelajar yang lemah.
Konsep Sekolah Bestari
Pada tahun 1996,
Kementerian Pendidikan Malaysia
telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan
pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai pengupaya
menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah
Bestari diwujudkan sebaga satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya
Multimedia.
Sekolah Bestari Malaysia ialah
institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi proses
pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu murid menghadapi
cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaran-pembelajaran, iaitu proses berkaitan
dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran-pembelajaran,
akan direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan
cekap. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses
kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.
Pengurus Sekolah
Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama
berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Selain itu, ibu bapa,
komuniti, dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan
peranan yang Iebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak ini
akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan
berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran, dan sebagainya.
Objektif Sekolah Bestari
Objektif Sekolah
Bestari Malaysia
adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan terdiri daripada yang
berikut:
�
Menghasilkan tenaga
kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
�
Mendemokrasikan
pendidikan
�
Meningkatkan
penyertaan pihak yang berkepentingan
�
Memupuk
perkembangan menyeluruh individu
�
Memberi peluang
untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu.
Syarikat Usahasama, Telekom Smart
School Sdn. Bhd.
Syarikat usahasama,
Telekom Smart School Sdn. Bhd, terdiri daripada tujuh (7) syarikat tempatan.
Selain itu, tiga
syarikat antarabangsa juga terlibat dalam Penyelesaian Bersepadu Sekolah
Bersepadu. Ketiga-tiga syarikat antarabangsa mi ialah seperti berikut:
�
BT Multimedia (Malaysia) Sdn.
Bhd.
�
Electronic Data
Systems IT Services (Malaysia)
Sdn. Bhd.
�
NIIT Malaysia Sdn.
Bhd.
Penyelesalan Bersepadu Sekolah Bestari
Komponen utama
dalam Penyelesaikan Bersepadu Sekolah Bestari yang akan disediakan dan
dilaksanakan oleh Telekom Smart School Sdn. Bhd. adalah seperti berikut:
�
Bahan
Pengajaran-Pembelajaran dalam bentuk perisian kursus dan bahan bercetak
untuk empat mata pelajaran yang berikut:
o
Bahasa Melayu
o
Bahasa lnggeris
o
Sains
o
Matematik
�
Sistem Pengurusan
Sekolah Bestari yang terdiri daripada perisian untuk fungsi pengurusan
dan pentadbiran yang berikut:
o
Governan Sekolah
o
Pengurusan Hal-Ehwal
Murid
o
Pengurusan Sumber
Pendidikan
o
Pengurusan Kewangan
o
Pengurusan Sumber
Manusia
o
Pengurusan Sumber
Luar
o
Pengurusan
Kemudahan
o
Pengurusan
Teknologi
o
Pengurusan Asrama
�
Infrastruktur
Teknologi yang terdiri daripada perkakasan, perisian, perisian sistem, dan
peralatan bukan-IT
�
Integrasi Sistem
bagi memastikan kesepaduan yang berikut:
o
antara Sistem
Pengurusan Sekolah, Bahan Pengajaran dan Pembelajaran, dan lnfrastruktur
Teknologi dalam Sekolah Rintis dan Pusat Data,
o
antara proses dalam
Sistem Pengurusan Sekolah,
o
antara proses dalam
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
o
antara Sistem
Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran
o
integriti data dan
persekitaran selamat
o
antara Penyelesaian
Bersepadu Sekolah Bestari dan aplikasi lain dalam Aplikasi Perdana projek
Koridor Raya Multimedia
�
Perkhidmatan
Sokongan, iaitu perkhidmatan Meja Bantuan dan Penyenggaraan dan Sokongan.
Kos Projek Rintis
Kos keseluruhan Projek
Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama ini ialah tiga ratus juta
Ringgit Malaysia
(RM3OO,000,000.0O), dan terdiri daripada RM183,573,737 untuk Capital
Expenditure dan RM1 16,426,263 untuk Operating
Expenditure.
Tempoh Projek Rintis
Tempoh Projek
Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama mi, ialah tiga (3) tahun mulai
dari tarikh tandatangan Perjanjian antara Kerajaan degan Telekom Smart School
Sdn. Bhd.
Rancangan Masa Depan
Sungguhpun
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)menggalakkan semua sekolah yang lain
untuk menjadi sekolah bestari dengan mencari sumber kewangan dan kepakaran
sendiri, KPM sedang juga merancang pelan induk bagi memastikan semua sekolah di
Malaysia
menjadi sekolah bestari secara berperingkat-peringkat.
|
Tuesday, 6 March 2012
Konsep Sekolah Bestari