Tuesday 6 March 2012

Elak Penipuan Internet
Sains dan Teknologi


Oleh ABD RAZAK OSMAN

Pelajar sekolah menengah yang menerima netbook disaran supaya mendalami pelbagai ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar tidak menjadi mangsa penipuan melalui Internet.Pengarah Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara, Ismail Othman berkata, akibat kurang berhati-hati ketika menggunakan Internet boleh membawa padah kepada diri sendiri."Jangan terlalu gelojoh apabila ada pihak mengirim e-mel mengatakan anda adalah pemenang pertandingan hingga membolehkan menerima wang sejumlah yang besar," katanya memberi nasihat.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat Seminar Keselamatan Siber yang diadakan sempena Karnival Jalur Lebar Peringkat Wilayah Utara di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok, Kedah, baru-baru ini.Karnival dua hari yang dikunjungi kira-kira 10,000 orang itu dirasmikan oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain.Menurut Ismail, melalui seminar keselamatan siber, pengunjung boleh mendapat penjelasan dan membuat pertanyaan kepada pegawai SKMM mengenai bentuk penipuan di Internet serta cara mengatasinya.




SEBAHAGIAN daripada pelajar yang menerima netbook sempena Karnival Jalur Lebar Peringkat Wilayah Utara di MRSM Merbok, Kedah, baru-baru ini.