Tuesday, 16 October 2012
LATIHAN FROG VLE KEPADA MURID SEKOLAH
16/10/2012-Selasa,Satu Latihan Frog VLE untuk murid telah diadakan di Bilik Seminar PKG Ayer Hitam.Seramai 28 murid dan 7 guru pengiring telah hadir bagi mengikuti latihan itu.
MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA GPB BIL 2/2012
16/10/2012-Selasa,Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa GPB ICT telah diadakan di bilik mesyuarat PKG Ayer Hitam pada pukul 2 petang hingga 4 petang.Semua Guru GPB telah hadir untuk membincangkan beberapa perkara yang berkaitan.
Monday, 15 October 2012
KURSUS BENGKEL PENGURUSAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN LITERASI MAKLUMAT UNTUK GPM KUMPULAN 1
KURSUS BENGKEL PENGURUSAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN LITERASI MAKLUMAT UNTUK GPM KUMPULAN 2
Mesyuarat Jawatankuasa GPM PSS BIL 2/2012 PKG AYER HITAM
15/10/2012-Isnin,Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa GPM PSS telah diadakan di bilik mesyuarat PKG Ayer Hitam pada pukul 2 petang hingga 4 petang.Semua Guru GPM telah hadir untuk membincangkan beberapa perkara yang berkaitan.
Sunday, 14 October 2012
HARI TERBUKA PENDIDIKAN DAN KARNIVAL JALUR LEBAR DAERAH KUBANG PASU 2012
KEMPEN MEMBACA 2012
Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One
Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia
yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia. Kem Membaca 1Malaysia dan READ 2012
akan diadakan pada 22 hingga 25 Oktober 2012 ini. Buat pada masa ini
sekolah-sekolah sedang giat mendaftar untuk menyertai program ini melalui READ
2012. Bersama ini disertakan promosi yang telah di buat melalui media massa.
Diharapkan BTPN/PTPB/PKG akan membantu sekolah dalam menjayakan program ini.
Untuk menyertai program ini sila layari di URL : http://www.readtogether.com.my
. Tarikh tutup pendaftaran : 30 September 2012
Sunday, 22 April 2012
KURSUS PEMANTAPAN TEKNIKAL DAN KEMAHIRAN PENGKOMPUTERAN
UNTUK JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 DI SEKOLAH KAWASAN PKG AYER
HITAM TAHUN 2012
Tarikh : 29, 30 April dan 02 Mei 2012 ( Ahad, Isnin dan Rabu )
Masa : 08.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PKG Ayer Hitam
SILA MUAT TURUN SURAT
http://www.scribd.com/doc/90725339
Tuesday, 6 March 2012
07 Mac 2012 : TAHAP CAPAIAN KE SESAWANG STS
Sempena cuti sekolah mulai 10-18 Mac 2012 ini, pihak Unit Meja Bantuan Sektor TMKP akan menyenggara data di STS bermula 9.00 pg hingga 12.30 t/hari. Sebuhungan itu capaian ke STS akan menjadi perlahan atau tiada capaian.
Sempena cuti sekolah mulai 10-18 Mac 2012 ini, pihak Unit Meja Bantuan Sektor TMKP akan menyenggara data di STS bermula 9.00 pg hingga 12.30 t/hari. Sebuhungan itu capaian ke STS akan menjadi perlahan atau tiada capaian.
[Sumber: Unit Meja Bantuan
Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan]
Elak Penipuan Internet
Sains dan Teknologi |
Oleh ABD RAZAK OSMAN Pelajar sekolah menengah yang menerima netbook disaran supaya mendalami pelbagai ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar tidak menjadi mangsa penipuan melalui Internet.Pengarah Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara, Ismail Othman berkata, akibat kurang berhati-hati ketika menggunakan Internet boleh membawa padah kepada diri sendiri."Jangan terlalu gelojoh apabila ada pihak mengirim e-mel mengatakan anda adalah pemenang pertandingan hingga membolehkan menerima wang sejumlah yang besar," katanya memberi nasihat.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat Seminar Keselamatan Siber yang diadakan sempena Karnival Jalur Lebar Peringkat Wilayah Utara di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok, Kedah, baru-baru ini.Karnival dua hari yang dikunjungi kira-kira 10,000 orang itu dirasmikan oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain.Menurut Ismail, melalui seminar keselamatan siber, pengunjung boleh mendapat penjelasan dan membuat pertanyaan kepada pegawai SKMM mengenai bentuk penipuan di Internet serta cara mengatasinya. SEBAHAGIAN daripada pelajar yang menerima netbook sempena Karnival Jalur Lebar Peringkat Wilayah Utara di MRSM Merbok, Kedah, baru-baru ini. |
Konsep Sekolah Bestari
Monday, 5 March 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa, yuran langganan Sistem i-NILAM dan IQPSS tahun 2012 dibiayai sepenuhnya oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tahun 2012. Guru GPM / PSS boleh memulakan proses update Nilam dan IQPSS sekolah masing- masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)